Thursday, May 28, 2020

Hibah Takaful is so powerful




Hibah takaful is so powerful.
Ketahui 10 kelebihan Hibah Takaful yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan kita:
📌Nak kumpul tunai RM1 Juta memerlukan kita simpan RM2,800 setiap bulan selama 30 tahun tanpa gagal dengan anggapan umur kita panjang.
Kalau umur tak panjang, keluarga akan dapat setakat berapa yang terkumpul saja. Itu pun perlu dibahagi lagi mengikut Faraid.
Berbeza dengan Hibah takaful, sudah tersedia aset tunai RM1 Juta dari hari pertama permohonan diluluskan.
📌Tatkala kesemua harta akan menjadi BEKU selepas seseorang itu meninggal dunia, hanya Hibah takaful satu-satunya aset tunai yang boleh CAIR selepas kematian pencarum.
Hibah takaful adalah aset yang terkeluar dari senarai harta yang boleh diFaraidkan. Ini bermakna, penerima hibah adalah penerima mutlak, tanpa waris lain boleh protes atau cabar.
📌Hidup kita tak terlepas dengan buat hutang. Adakah apabila kita sudah tiada, hutang-hutang itu akan terhapus atau waris yang kena paksa tanggung?
Jangan susahkan waris!
Hutang kita, kita sendiri jugalah perlu selesaikan.
Ambil hibah takaful supaya waris kita boleh gunakan pampasan tunai yang diterima untuk langsaikan hutang-hutang kita.
📌Bagaimana pula dengan hutang akhirat?
Contohnya hutang menunaikan Haji, mengeluarkan zakat, sedekah amal jariah, puasa yang belum ganti?
Dengan adanya hibah takaful, waris boleh tolong langsaikan hutang-hutang akhirat ini.
📌Pernah terfikir apa akan jadi pada pasangan dan anak-anak kita bila kita sudah tiada nanti?
Bagaimana nafkah makanan, pakaian, tempat tinggal mereka?
Sediakan sesuatu untuk mereka.
Mohon hibah takaful, kerana ia boleh disampaikan terus kepada keluarga, tanpa perlu tunggu untuk dibahagi secara Faraid.
📌Ada anak angkat?
Anak angkat tak termasuk dalam kiraan harta yang boleh diFaraidkan.
Jangan abaikan mereka. Sediakan hibah takaful sebagai harta buat mereka.
📌Perkara ini sering tak diceritakan.
Nak tuntut harta pusaka, ada kos yang perlu dibayar.
Kos itu siapa perlu tanggung?
Sudah tentu waris yang tinggal.
Jangan bebankan mereka. Sediakan tunai untuk mereka ada modal tuntut harta pusaka kita.
📌Ambil contoh rumah. Isteri hanya ada hak 12.5% saja untuk tuntut bahagian kita. Kalau hubungan isteri dan mertua tak baik, maka susah untuk ibu bapa melepaskan bahagian mereka secara sukarela.
Jadi, dengan adanya hibah takaful, isteri boleh 'beli' bahagian ibu bapa.
📌Harta ada banyak, tapi akhirnya waris berbalah dan berpecah belah.
Tak salah ada harta yang banyak, tapi perlu diurus dengan baik.
Ambil hibah takaful sebagai cara lebih baik tinggalkan harta untuk keluarga.
Nak dapatkan quotation untuk umur anda dengan manfaat yang lebih tinggi ?

1 comment:

Aqilah said...

Minta izin untuk guna gambar untuk tujuan marketing