Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Takaful Sebaik Dapat Gaji Pertama





Sekarang ni seakan menjadi trend, apabila graduan menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan; perkara wajib yang akan dibuat adalah membeli kereta.

Ya, tak berdosa pun beli kereta, tetapi sebenarnya selepas melangkah masuk ke alam pekerjaan, amat digalakkan untuk mengambil polisi takaful terlebih dahulu.

Bayaran polisi adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing, tetapkan bajet sendiri dan jangan ikut cakap ejen sangat.

Ejen hanya memberi nasihat tetapi yang membuat keputusan dan membuat bayaran adalah diri kita sendiri. Polisi boleh di’upgrade’ dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Di sini disenaraikan 5 sebab apa perlu mengambil polisi takaful seawal yang mungkin:

1. Murah
Asasnya, polisi takaful yang diambil pada usia 23 tahun adalah lebih murah berbanding jika ianya diambil pada usia 33 tahun. Murah bermaksud kita membayar pada nilai yang sama tetapi manfaat berbeza.

Contohnya, pada usia 23 tahun kita mengambil polisi dengan bayaran bulanan sebanyak RM150 dengan manfaat perubatan sebanyak RM1,000,000.

Pada usia 33 tahun dengan bayaran bulanan yang sama, manfaat yang diterima hanyalah RM750,000.

2. Tempoh Menunggu
Setiap polisi ada tempoh menunggu, kebiasaannya 3 bulan hingga 6 bulan (bergantung pada polisi masing-masing). Sebagai contoh, apabila kita mengambil polisi takaful pada hari ini, kita masih tidak boleh membuat tuntutan jika ditimpa musibah keesokan harinya.

Ini yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu. Oleh itu, adalah lebih baik mengambil polisi takaful seawal mungkin kerana sekurang-kurangnya kita telah melepasi tempoh menunggu.
Kita tidak tahu bila kita akan sakit, mungkin hari ini, esok, atau bila-bila sahaja.

3. Perlindungan Komprehensif
Apabila umur meningkat, kemungkinan kita diserang penyakit adalah lebih tinggi. Kemungkinan ada sesetengah jenis penyakit tidak boleh dimasukkan dalam polisi takaful.

Semasa lebih muda dan sihat, kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih polisi yang terbaik.

4. Sediakan Payung Sebelum Hujan

Musibah akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kita boleh sakit semasa muda atau tua. Lebih-lebih lagi dengan faktor gaya hidup sekarang yang terdedah dengan penyakit seperti pemakanan ‘fast food atau terdedah dengan pencemaran udara.

Bagi kita yang bekerja makan gaji dan faedah perubatan ditanggung pihak syarikat, kita juga tidak tahu sampai bila kita boleh bekerja. Jika sudah tidak bekerja lagi, kita tidak lagi dilindungi.


Sebaiknya ambil polisi takaful, sekurang-kurangnya kita telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
Sebaiknya ambil polisi takaful, sekurang-kurangnya kita telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
5. Faedah Tanpa Tuntutan
Kebanyakan polisi menawarkan faedah jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh tertentu. Contohnya, elaun harian jika kita dimasukkan ke hospital adalah sebanyak RM200, tetapi jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh 3 tahun; manfaat elaun harian akan dinaikkan kepada RM250
Oleh itu, manfaatkan masa muda anda kerana risiko untuk ditimpa penyakit adalah lebih rendah. Apa-apa pun info yang diberikan di atas hanyalah contoh secara am sahaja.
Untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci, boleh hubungi ejen takaful atau perancang kewangan berlesen.
SUMBER

Thursday, May 28, 2020

Macam mana nak bayar HUTANG kalau segala harta pusaka DIBEKUKAN?





“Betul ke sebelum pembahagian harta pusaka, HUTANG si mati ni perlu DISELESAIKAN dahulu?”
“Macam mana nak bayar HUTANG kalau segala harta pusaka DIBEKUKAN?”
“Kalau harta DIBEKUKAN apa kena buat ?”
“HIBAH tu apa pulak ?”
PM https://watsap.my/0103515157 SayaNakTahuPasalHibah

RUMAH ATAS NAMA BERSAMA, APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SALAH SEORANG MENINGGAL DUNIA



RUMAH ATAS NAMA BERSAMA,
APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SALAH SEORANG MENINGGAL DUNIA
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful) mengikut joint loan separuh seorang.
Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?
Jika harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):
-50% Si Suami (RM300,000)
-50% Si Isteri (RM300,000)

Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan.
Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.%

Isu Yang Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.

seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!
Ya, RM140,000.

Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa? “Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.

Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya. Namun, itu pun belum menjamin apa-apa.

HIBAH TAKAFUL sangat membantu jika keadaan ini berlaku, untuk mengelakkan kebuntuan dan perpecahan ahli keluarga merebut1/2 bahagian rumah penama tersebut.
wang tunai dari HIBAH TAKAFUL akan dibayar oleh company takaful dlm masa kurang 1 bulan ini dapat diberikan kepada ibu atau bapa penama yg telah meninggal bagi membolehkan isteri terus tinggal di rumah pusaka arwah suaminya dan seterus membuat proses pertukaran nama ke atas isteri.

PM UTK PERTANYAAN HIBAH takaful or hibah yg menyeluruh

Thursday, May 21, 2020

Surat Terbuka Untuk Wanita




Siapa cakap kos rawatan di hospital kerajaan percuma? Renungkan


Cuba tengok kos pembedahan pintasan jantung, strok, batu karang. Lebih RM3000 tu? Hangpa ada saving banyak tu? Kalau ada saving pun habis macam tu ja duit kita simpan bertahun-tahun lamanya. Hangpa tengok pula kos pembedahan tulang belakang. RM15000 sampai RM36000 ..Banyak gila kot..Silap-silap habis kena gadai barang kemas bini, duit simpanan pendidikan anak-anak, kereta kesayangan, tanah pusaka, pinjam sana sini..

Penyelesaian masalah ni? Apa lagi medical card dan hibah takaful la..Duit dan harta kita pun tak terusik bila musibah ujian macam ni berlaku kat diri dan keluarga kita.

Ni tak masuk lagi tajuk kena tunggu lama untuk dapat turn/q rawatan atau operation di hospital kerajaan. Nak cepat pergilah dapatkan rawatan yang cepat dan selesa di hospital swasta.

Jom bertindak segera
☎πŸ“±PM/Whatsapp/SMS/hubungi saya untuk sebarang pertanyaan‼
010-3515157(Anas)
Pakar Pengurusan Risiko Anda

Berbelanja hanya setelah menyimpan


Beza orang biasa dan jutawan menguruskan bajet kewangan



Tuesday, May 19, 2020

MATI TINGGALKAN HUTANG, ROH TERGANTUNG!



MATI TINGGALKAN HUTANG, ROH TERGANTUNG!
Ramai di kalangan kita banyak buat hutang dan tiada wang simpanan. Jika ditakdirkan meninggal sebelum settle hutang..acanerr tu nak wariskan hutang pada siapa ?!
Bukan tu saja, jika ditakdirkan meninggal roh juga akan tergantung disebabkan hutang yang tidak dilunaskan dan bakal menyusahkan seluruh keluarga yang ditinggalkan. Paling kesian, terbeban orang yang ditinggalkanπŸ˜₯!
Jangan pandai CIPTA HUTANG tapi tak pandai URUS HUTANG. Bahayaaa tu, kena ubah, ubah, ubah! Belajar asas financial planning yang betul.
Ambil tindakan sekarang untuk sayangi diri dan keluarga korang!

Perlindungan itu tapak asas pengurusan kewangan



Perlindungan itu tapak asas pengurusan kewangan.

Jika anda ditimpa MUSIBAH, pastikan kehidupan anda masih KUKUH berdiri. Manfaat TAKAFUL untuk jaminan perlindungan kewangan keluarga, pendapatan, simpanan, aset dan gaya hidup anda.

TANPA asas perlindungan dalam kewangan, tatkala diuji musibah runtuh lenyap hanguslah satu demi satu harta, simpanan, aset, gaya hidup yang ada bertimpa timpa seperti Domino effect.

Oleh itu, ambilah perlindungan Takaful. Biar Takaful menjadi Captain Marvel anda dan keluarga utuh melindungi dari bencana kewangan...gitewww!

KEPERLUAN VS KEHENDAK



KEPERLUAN VS KEHENDAK
Comey pulak tengok orang share gambaq kuali, blender ngan periuk nasik tu. Kalau tengok kat bawah ni, dua2 punya fungsi yang sama kan. Iaitu untuk memasak.
Lain orang, lain keperluannya. Ada yang banyak duit tapi masa tak cukup nak masak itu ini la, nak buat kerja tu la, ni la. Jadi, dengan beli thermomix tu sangat2 memudahkan kehidupan dia. Mengapa tidak kan.
Tapi kalau kita ni, cukup2 makan saja, masa terluang pun ada banyak, ok saja kan guna belanga, blender, periuk tu kan. Daripada nak kena ikat perut, berhutang sana sini untuk beli robot jerman tu. Hmmm
Tambah2 musim PKP ni, kita memang kena banyak
SAVE money
SECURE money
SPEND money
Gunakanlah bantuan yang kerajaan bagi tu untuk lebihkan simpanan kecemasan 6 bulan gaji kita. Dann perlu sangat2 untuk kita 'secure' duit kita. Carum di satu tempat yang boleh bantu kita saat kita ditimpa musibah. Berbelanja itu tak salah, asalkan jangan berlebihan. Gituu

Monday, May 18, 2020

Ramai klien saya ambik peluang moratorium ni untuk bayar setahun medical card & hibah mereka



Takdak dapat mesej dari sapa2 pun πŸ”Ή
Hmm. 
Maybe sebab jarang beli barang kot. Cumanya nak bagitau sikit la
Moratorium : 
✔️Loan rumah RM 2,000
✔️Loan kereta RM1,000
✔️Taska anak bayar half so RM200 save
Dah berapa jumlah komitmen tak perlu bayar selama 6bulan ini? Ini contoh ya. Kalau ikut nafsu, shopping online tu hari-hari lah kan. Hat sebelum ni masuk "cart" ja, so musim moratorium ni boleh la proceed payment. Hihi 😜
Perasan dak semua ni?
Ramai klien saya ambik peluang moratorium ni untuk bayar setahun medikal kad & hibah mereka. Katanya takut duit tu lari ke bulan dan bintang jika konon disimpan dalam bank tanpa ada apa2 protectionπŸ˜†
Ya, 
Takaful ni benda kena paksa.
Memang susah , rasa tak penting. 
TAPI kalau dalam keadaan memaksa kita. 
Takaful lah no1 yang akan ada .
Taknak yang mahal? 
Murah ada RM20. 
Rasa mahal jugak? 
Takdak ayat lah saya nak bagiπŸ˜…

Wujudkan Satu Dana yang mana lebih terjamin untuk Pendidikan dan Perubatan anak-anak iaitu melalui Takaful

Sayang² Anak Jom Menyimpan😍
Saya akui bila pasangan ibu bapa bila perolehi cahaya mata sangat teruja untuk planning yang terbaik untuk anak-anak😊
Dana Pendidikan ✔️
Dana Perubatan ✔️
Ya dua² sangat penting. Tapi ibu bapa selalu fikir bila nak wujudkan 2 dana ni perlu menyimpan di 2 tempat berbeza dan rasa tidak Mampu, Ibu Bapa hanya mewujudkan satu dana saja.
Saya Boleh Bantu wujudkan #Satu Dana yang mana lebih terjamin untuk Pendidikan dan Perubatan anak-anak iaitu melalui Takaful.
Takaful boleh disediakan seawal anak² menginjak usia 30 hari. Awal tahun ketika anak² sudah memasuki alam persekolahan, ibu bapa boleh mengeluarkan Simpanan di Tabung Takaful untuk membayar yuran. Jika anak² Tidak Sihat, ibu bapa boleh menjelaskan Bill Rawatan di Hospital / Klinik Panel dgn hanya menggunakan Dana Perubatan di Tabung Takaful😊
Plan 2 in 1
Dana Pendidikan + Dana Pendidikan = Takaful
Saya boleh bantu ibu bapa untuk menyediakan Dana Pendidikan & Dana Perubatan hanya dengan satu Tabung, iaitulah TAKAFUL

Kenapa perlu Takaful


TAKAFUL ni banyak tujuannya bergantung kpd keperluan individu
✅ Perlindungan Kesihatan πŸ₯
✅ Hibah utk tersayang ❤️
✅ Penyelesaian Hutang selepas Kematian ⚰️
✅ Simpanan Pendidikan Anak 🏫
✅ Plan Persaraan (Terutamanya utk yg berniaga atau bekerja sendiri) πŸ’°
✅ MLTT utk pembiayaan pinjaman perumahan
Banyak kan manfaat Takaful ni? Benda yg baik mcm ni kenapa kita perlu bertangguh? Kenapa kita perlu hanya berharap pada dui gaji atau duit simpanan kita sahaja semata mata utk merealisasikan tujuan2 seperti di atas?
Kita sekarang hidup di abad ke 21 dah.. Sepatutnya, pemikiran kita kena seiring dgn pemikiran rakyat negara2 maju seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh..
Polisi insurance tu dah kira mcm suatu kewajipan bagi setiap keluarga utk ada sekurang2 nya satu
Jom kita naikkan taraf pemikiran kita ke tahap pemikiran minda kelas

Sunday, April 12, 2020

Tips Kewangan Rakyat Marhaen dalam mendepani Pandemik COVID-19



✔ Mula berjimat dalam tempoh ROM ni dan kurangkan perbelanjaan

✔ Utamakan keperluan asas

✔ Duit minyak yang tak guna utk isi minyak tu boleh convert kepada simpanan, sediakan simpanan kecemasan minimum 6 bulan gaji

✔ Mulakan Caruman Hibah Takaful sebagai persediaan Harta kepada waris

✔ Bina skill dan kepakaran baru melalui kelas-kelas Online

✔ Manfaatkan pengeluaran KWSP dan Moratorium dari Kerajaan, utk mewujudkan simpanan kecemasan

✔ Pindah tunai ke Tabung Haji, ASB atau Fixed Deposit patuh syariah

Jom mulakan hari iniπŸ‘
shorturl.at/pBLRS

#AdvisorAnas
#WangKecemasan

Wednesday, March 18, 2020

penama KWSP hanya berperanan untuk mentadbir duit

Ramai lagi yang taktau rupanya penama KWSP hanya berperanan untuk mentadbir duit tu ja. Bahagi kat waris ikut faraid. Bukan ambik semua. Awak tau tak?

Persediaan kita dalam menghadapi realiti kehidupan



Dah habis mengaji, sibuk kerja untuk beli keperluan hidup. Rumah, kereta, suri rumah, eh? Semuanya perlukan komitmen bulan2 kan. Tup2 umur 30 dah meninggal dunia 😒

PERTENGAHAN UMUR

Kerja dah stabil, ada family, ada rumah, ada harta sikit. Tup2 diuji sakit kritikal 😒 kena cuti tanpa gaji sebab on treatment

WAKTU TUA

Lepas pencen hidup lama sangat. Bila hidup lama sangat kos sara hidup pun bertambah. Pencen tak berapa nak cukup. Time ni pun macam2 sakit dah mai kan

Hidup kita ni tak sentiasa smooth. Kadang2 kita rasa kita akan hidup lama. Rasa tak penting buat persediaan. Nanti2 boleh la ambik takaful tu. Namun, itu semua perancangan kita. Ajal dan maut bukan di tangan kita.

Nak tau tak, bila kita sepatutnya terus sign up takaful? Waktu kita tanya agent, ataupun waktu agent mai approach kita. Sebenarnya waltu tu kesedaran dah datang kat kita 😊

Medikal kad ni sebenarnya adalah tabung perubatan

Ramai ingat medikal kad adalah komitmen. Sebenarnya salah tau. Medikal kad ni sebenarnya adalah tabung perubatan.
Mana ada orang simpan untuk rawat penyakit. Kot dah tau tahun depan sakit,tahun ni dah boleh simpan siap2 dah. Contoh sakit sinus la. Nak operate kat GH kena que. Sebab tak tahan,nak pi swasta. Ok kos rm30ribu. Kena start simpan sebulan rm2500. Cukup setahun dah ada rm30ribu. Yeayy dah boleh pi operate kat KMC
Tapi sebenarnya ada cara lagi mudah dan murah. Asingkan 200 sebulan dari gaji untuk sedia tabung perubatan kat diri sendiri. Kat dalam tu dah tersedia paling kurang rm900ribu untuk rawat penyakit kita. Sementara masih layak ni, apa kata sign up siap2 kan.
Alhamdulillah, kad perubatan diri sendiri dah berusia 6 tahun dah. Walaupun tak besa guna, tak pernah rasa rugi duk bayar bulan2. Bersyukur Allah kurniakan nikmat sihat sampai ke hari ni ❤️

Ambil medikal kad, boleh dapat pelepasan cukai sebanyak rm3000 tau

Aku tak dak lebihan duit la weh nak ambik medikal kad. Dah la nak kena bayar cukai. Jenuh oo..

Laa hang tak tau ka, kalau hang ambik medikal kad, boleh dapat pelepasan cukai sebanyak rm3000 tau

Penjawat awam yang berhempas pulas nak bayar cukai tu, apa kata carum kat takaful. Protection dapat, pelepasan pun dapat

Untung ka untung?

Peranan Hibah Bersyarat dalam Pengurusan Harta Pusaka