Tuesday, May 19, 2020

Salah faham tentang life insurance dan takaful



Tadi aku ada baca kat komen.

Dia tak percaya dengan Takaful @ insurance sebab konon kawan dia penah jadi ejen, ambik Life insurance untuk satu family. Bila isteri kawan dia kena strok, sekupang pun insurance tak cover. So dia kata semua ni tak boleh percaya.

Selalu kan kita dengar macam ni? "Kawan" kena. "Kawan" tak dapat tu. "Kawan" tak boleh claim. "Sepupu" kena tipu. Bila minta "kawan" dia komen tak boleh pulak. "Kawan" dia tu sebenarnya wujud ka dak?

Ala... Orang Takaful memang macam tu. Nak backup geng depa la tu.

Aku tak backup pun. Cuma nak tau kebenaran sebenar satu-satu kisah. Sebenarnya kan, yang duk kata kawan dia kena tipu apa tu dia taktau apa pun dengan Takaful ni. Syarat yang ada dan sistem dalam Takaful tu sendiri dia taktau pun. Kalau cerita tu betul pun, dia sendiri taktau pun apa cerita sebenar.

Life insurance @ Takaful tu memang takkan cover kos rawatan sebab ia bukan plan medical card. Haaa.. ramai yang keliru bab ni. Sebab apa yang orang ingat, ada Takaful @ insurance ni cover kos hospital. Salah tu. Bukan semua plan cover kos hospital kawan. Even "kawan" dia tadi tu ejen, dia mungkin hanya buat perlindungan basic iaitu HIBAH. Hanya akan dapat bila meninggal dunia atau cacat kekal. Dan mungkin, sijil isteri "beliau" belum matang untuk dapat pampasan sepenuhnya. Yang cover kos rawatan hospital hanyalah MEDICAL CARD.

Nasihat aku, kalau nak betul-betul faham datang berjumpa kami sebagai Ejen Komited dalam Takaful ni dulu. Jadi kita akan bincang perlindungan terbaik untuk hampa sesuai dengan bajet. Jangan tak buat langsung. Yang basic pun kena ada jugak. Sebab Takaful saja satu-satunya instrument kewangan yang menyediakan perlindungan kewangan.

Orang kaya, mungkin boleh sediakan sejuta cash buat keluarga sendiri. Tapi dengan Takaful, orang biasa-biasa pun sangat boleh sediakan sejuta RM pada keluarga juga.

No comments: