Insyaallah ini janji Aku kat Ko..
Sepanjang saya dalam bidang ni inilah NILAI yang paling besar saya pernah berikan pada seorang sahabat karib saya..
Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan ‘elehhh tu pun nak cerita..orang lain bantu juta2 relek je tak kecoh pun..’ pedulikan apa orang lain kata yang penting saya tahu apa yang saya buat dan apa peranan saya dalam masyarakat. Hargai dan menghargai lebih mulia dari mengeji dan bercakap kosong.
Perjalanan bantuan RM900,000 ni tak semudah bagai disangka..terutama bagi seorang Penasihat Urus Risiko macam saya..anda tahu kan maksud itu?
2016-2017
Ingat lagi masa tahun 2016 saya perkenalkan diri saya sebagai seorang ejen pada kawan-kawan saya..biasalah ada yang positif dan ada yang sebaliknya..pada sekitar april 2017 sahabat saya seorang ni berminat dengan plan perlindungan yang saya kongsikan tapi biasalah ding dong2 bulan oktober 2017 baru dia ready nak signup..so bermulalah tanggungjawab saya untuk keluarganya.
2017-2019
Saya teruskan kerjaya ni macam biasa kenalkan kepada sahabat2 lain juga..tahun demi tahun perlindungannya terus aktif sehingga sampailah suatu saat sekitar Julai 2019 sesuatu diluar jangkaan akal berlaku pada dirinya..sahabat saya disahkan mengidap 2 Kanser iaitu Esofagus dan Ovari pada tahap 4..masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan kami bila berkomunikasi..sahabat saya ni mendapatkan rawatan pertamanya di hospital KPJ dengan kos rawatan sekitar rm17k++ dan seterusnya di hospital HUSM untuk kemoterapi..
Mungkin ramai yang beranggapan bila kita memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ianya PERCUMA tapi sebenarnya masih ada beberapa kos yang perlu ditanggung pesakit..macam kes sahabat saya dia tetap perlu menyediakan dana sendiri walaupun dia merupakan penjawat awam. Jadi bayangkan jika kita tidak bersedia dengan kos-kos ni..apa agaknya yang kita akan buat??
So lepas dari berita mengejutkan ni saya ambil tenangkan diri memandangkan ini kes pertama melibatkan kanser yang perlu saya handle..saya rujuk dengan beberapa orang yang agak lama dalam industri dan mulakan langkah untuk menyiapkan dokumen2 yang diperlukan bagi tujuan tuntutan..ketar, berdebar, sedih semua bercampur baur dalam nak handle kes ni..nak2 lagi melibatkan sahabat baik saya. Apa yang saya bayangkan muka suami dan anak-anaknya yang masih kecil lebih kurang usia anak-anak saya..lagi sediah sebab dia ada baby yang belumpun berusia setahun..Allahuakbar berat sungguh ujian buatnya..
Saya ambil pendekatan terangkan pada beliau apa proses yang akan terlibat sepanjang tuntutan ni dan kita sama2 doa untuk dipermudahkan urusan. Saya juga jelaskan proses ni akan ambil masa dan harap dia bersabar..Insyaallah sy usahakan yang terbaik..Ni antara steps yang saya buat:
1. Check status sijil klien..Alhamdulillah masih aktif dan tiada sebarang outstanding.
2. Check tarikh mula2 sijil aktif samada sudah melepasi tempoh 2 tahun atau belum..dalam kes saya ni sijil kurang beberapa minggu untuk cukup tempoh tersebut..korang boleh tengok video yang saya pernah kongsikan di posting saya sebelum ni berkaitan Tempoh Menunggu. So sangat penting..sharelah untuk semua tahu benda ni.
Memandangkan tidak cukup tempoh jadi kes ini jatuh dibawah INVESTIGATION oleh pihak syarikat.
3. Sediakan borang-borang yang terlibat dan mudahkan urusan klien..apa yang perlu klien buat dan apa yang perlu saya buat.
4. Listkan semua tuntutan yang bakal dibuat seperti:
a) Elaun hospital - kerajaan & swasta
b) Bil hospital jika warded
c) Invois2 lain yang boleh dituntut
5. Sentiasa komunikasi dengan klien dan feedback apa status semasa..part ni paling mencabar sebab kita perlu kawal emosi dan dalam masa sama kita perlu tenang.
Alhamdulillah sahabat saya memang seorang yang tenang dan sabar dalam apa jua keadaan..tak pernah sekali dia marah saya dan sentiasa percaya kerja-kerja saya hingga selesai.
Apa yang penting bukalah file khas intuk kes2 sebegini dan catat semua keluar masuk dokumen.
Oleh sebab kes ini dibawah kategori siasatan jadi perlu kita maklumkan berapa lama jangkaan kes akan selesai..minimum 3 bulan diperlukan dan mungkin akan lebih lama..so ready mental..Alhamdulillah saya sentiasa positif, komited dan buat ikut flow..mula2 tu saya sangat takut sebab kes2 macam ni akan jadi besar kalau kita tak handle dengan betul..boleh tengok la banyak sangat kes viral disebabkan pelbagai masalah..minta dijauhkan..
Mau tak mau saya tekad untuk selesaikan secepat mungkin..saya lock kes di sistem dalam bulan Disember 2019 dan Alhamdulillah tuntutan pertama saya diluluskan sekitar bulan Mac 2020 bernilai rm6k++..masa tu hanya tuntutan melibatkan elaun hospital sahaja..bila stage ni kita perlu beritahu pada klien yang caruman bulanan perlu diteruskan sehingga klien tidak perlu lagi membayar..
Saya nak bagitau rider WAIVER sangat penting untuk bantu kita PERCUMAKAN caruman bulanan bila ditimpa musibah..so korang boleh semak semula plan perlindungan korang especially yang tak ada rider ni.
Klien saya terima tuntutan pertamanya 2-3 hari lepas tu dan semalam berita yang yang paling menyetuh hati saya bila kesemua tuntutan Sakit Kritikal beliau DILULUSKAN..Tunai sakit kritikal rm25,000..Allahuakbar..Subhanallah..saya kongsi berita gembira dengan air mata ni bersama2 klien dan keluarganya.
Benarlah jika kita hanya memandang dari satu sudut sahaja mungkin kita kurang merasai sisi pandangan lain..ejen dan klien ibarat sebuah keluarga yang tak putus pertaliannya..masing-masing punya peranan untuk menjaga antara satu sama lain..buanglah ego kita untuk merasa kita berkuasa dan pilihlah untuk selesaikan sesuatu perkara dengan harmoni.
Jutaan Terima Kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak..anda tahu siapa anda yang tak pernah lekang dari membantu saya dari awal permohonan sampai ke proses tuntutan selesai..terima kasih juga sudah pasti kepada GREAT EASTERN TAKAFUL sendiri dan seluruh TEAM yang memberi kerjasama cukup baik sepanjang proses ni..saya doakan semoga perunding-perunding lain juga dipermudahkan segala urusan dan memperolehi klien-klien yang terbaik.
No comments:
Post a Comment