Showing posts with label Hibah. Show all posts
Showing posts with label Hibah. Show all posts

Friday, June 12, 2020

HIBAH TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI



TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI
===========================
Pernah tak tengok drama melayu, anak2 kecik lg dah kena kerja sebab kematian org tua mereka? 🥺🥺🥺
Ada yg terpaksa ambil upah cuci kereta.. kutip2 tin dan kertas.. Kerja sebagai pelayan kat warung2..
Cuba tanya diri sendiri.. kalau kita mati, apa yg akan kita tinggalkan utk anak2? Cukup tak apa yg kita akan tinggalkan tu kalau kita mati hari ni?
Apa persediaan yg kita dah buat? Adakah kita pasti anak2 isteri kita tak akan susah selepas pemergian kita?
Yaa sakit itu tak pasti, tapi mati tu pasti.. Sama ada cepat atau lambat saja

Bukti kenapa hibah itu sangat penting untuk waris meneruskan hidup










Wang pampasan hibah dari arwah suami membantu biaya sekolah 4 anak


Takaful serah wang pampasan RM77, 431.88


Hibah membantu keluarga melangsaikan hutang arwah


Thursday, May 28, 2020

Macam mana nak bayar HUTANG kalau segala harta pusaka DIBEKUKAN?





“Betul ke sebelum pembahagian harta pusaka, HUTANG si mati ni perlu DISELESAIKAN dahulu?”
“Macam mana nak bayar HUTANG kalau segala harta pusaka DIBEKUKAN?”
“Kalau harta DIBEKUKAN apa kena buat ?”
“HIBAH tu apa pulak ?”
PM https://watsap.my/0103515157 SayaNakTahuPasalHibah

Hibah Takaful is so powerful




Hibah takaful is so powerful.
Ketahui 10 kelebihan Hibah Takaful yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan kita:
📌Nak kumpul tunai RM1 Juta memerlukan kita simpan RM2,800 setiap bulan selama 30 tahun tanpa gagal dengan anggapan umur kita panjang.
Kalau umur tak panjang, keluarga akan dapat setakat berapa yang terkumpul saja. Itu pun perlu dibahagi lagi mengikut Faraid.
Berbeza dengan Hibah takaful, sudah tersedia aset tunai RM1 Juta dari hari pertama permohonan diluluskan.
📌Tatkala kesemua harta akan menjadi BEKU selepas seseorang itu meninggal dunia, hanya Hibah takaful satu-satunya aset tunai yang boleh CAIR selepas kematian pencarum.
Hibah takaful adalah aset yang terkeluar dari senarai harta yang boleh diFaraidkan. Ini bermakna, penerima hibah adalah penerima mutlak, tanpa waris lain boleh protes atau cabar.
📌Hidup kita tak terlepas dengan buat hutang. Adakah apabila kita sudah tiada, hutang-hutang itu akan terhapus atau waris yang kena paksa tanggung?
Jangan susahkan waris!
Hutang kita, kita sendiri jugalah perlu selesaikan.
Ambil hibah takaful supaya waris kita boleh gunakan pampasan tunai yang diterima untuk langsaikan hutang-hutang kita.
📌Bagaimana pula dengan hutang akhirat?
Contohnya hutang menunaikan Haji, mengeluarkan zakat, sedekah amal jariah, puasa yang belum ganti?
Dengan adanya hibah takaful, waris boleh tolong langsaikan hutang-hutang akhirat ini.
📌Pernah terfikir apa akan jadi pada pasangan dan anak-anak kita bila kita sudah tiada nanti?
Bagaimana nafkah makanan, pakaian, tempat tinggal mereka?
Sediakan sesuatu untuk mereka.
Mohon hibah takaful, kerana ia boleh disampaikan terus kepada keluarga, tanpa perlu tunggu untuk dibahagi secara Faraid.
📌Ada anak angkat?
Anak angkat tak termasuk dalam kiraan harta yang boleh diFaraidkan.
Jangan abaikan mereka. Sediakan hibah takaful sebagai harta buat mereka.
📌Perkara ini sering tak diceritakan.
Nak tuntut harta pusaka, ada kos yang perlu dibayar.
Kos itu siapa perlu tanggung?
Sudah tentu waris yang tinggal.
Jangan bebankan mereka. Sediakan tunai untuk mereka ada modal tuntut harta pusaka kita.
📌Ambil contoh rumah. Isteri hanya ada hak 12.5% saja untuk tuntut bahagian kita. Kalau hubungan isteri dan mertua tak baik, maka susah untuk ibu bapa melepaskan bahagian mereka secara sukarela.
Jadi, dengan adanya hibah takaful, isteri boleh 'beli' bahagian ibu bapa.
📌Harta ada banyak, tapi akhirnya waris berbalah dan berpecah belah.
Tak salah ada harta yang banyak, tapi perlu diurus dengan baik.
Ambil hibah takaful sebagai cara lebih baik tinggalkan harta untuk keluarga.
Nak dapatkan quotation untuk umur anda dengan manfaat yang lebih tinggi ?

RUMAH ATAS NAMA BERSAMA, APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SALAH SEORANG MENINGGAL DUNIA



RUMAH ATAS NAMA BERSAMA,
APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SALAH SEORANG MENINGGAL DUNIA
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful) mengikut joint loan separuh seorang.
Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?
Jika harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):
-50% Si Suami (RM300,000)
-50% Si Isteri (RM300,000)

Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan.
Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.%

Isu Yang Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.

seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!
Ya, RM140,000.

Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa? “Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.

Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya. Namun, itu pun belum menjamin apa-apa.

HIBAH TAKAFUL sangat membantu jika keadaan ini berlaku, untuk mengelakkan kebuntuan dan perpecahan ahli keluarga merebut1/2 bahagian rumah penama tersebut.
wang tunai dari HIBAH TAKAFUL akan dibayar oleh company takaful dlm masa kurang 1 bulan ini dapat diberikan kepada ibu atau bapa penama yg telah meninggal bagi membolehkan isteri terus tinggal di rumah pusaka arwah suaminya dan seterus membuat proses pertukaran nama ke atas isteri.

PM UTK PERTANYAAN HIBAH takaful or hibah yg menyeluruh

Thursday, May 21, 2020

Siapa yang kena ambil hibah?



HIBAH
.
Pemberian ikhlas dari seseorang dalam bentuk wang ringgit kepada orang yang dinamakan setelah ketiadaan mereka tanpa perlu melalui proses faraid & wasiat.
.
Golongan kritikal yang WAJIB memiliki Hibah
✅Individu yang sudah bekeluarga,
✅Mempunyai anak ramai & masih kecil,
✅Mempunyai anak OKU, anak angkat atau anak tunggal,
✅Mereka yang mempunyai hutang,
✅Mereka yang berpoligami,
✅Mereka yang berharta & berniaga
✅Suami / isteri yang pasangannya tidak bekerja

HIBAH SEBELUM REBAH. TAKAFUL SEBELUM SAKIT



HIBAH SEBELUM REBAH 🌸

💐HiBah dr segi bahasa adalah pemberian yg merangkumi hadiah bertujuan untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubung kait dgn sesuatu perkara.

MANAKALA

💐 HiBah dr segi istilah pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan utk memuliakan seseorang.

Tepuk dada tanya diri kita.
Semasa hayat kita di dunia ini
Siapa yg paling kita sayang ???
Siapa yg mulia di hati kita ???

💕Hibah utk diri sendiri
💕Hibah dr anak kpd Ayah
💕Hibah dr anak kpd Emak
💕Hibah dr suami kpd Isteri
💕Hibah dr isteri kpd Suami
💕Hibah dr ibu bapa kpd Anak-anak

Tak kisah la kepada sesiapun Hibah ini
Tapi tetaplah hibah itu tandanya sayang

Kenapa aku kena ambik Hibah Takaful? Kan Faraid ada







FARAID vs HIBAH TAKAFUL‼️
========================
Kenapa aku kena ambik Hibah Takaful? Kan Faraid ada 🙄🙄🙄
Yaa betoii Faraid ada TAPI tahu tak berapa lama proses Faraid tu makan masa nak selesai? 😢😢
Anak2 nak sekolah.. nak pakai duit.. Bil2 masih kena bayar mcm biasa.. Loan Kereta.. Loan/sewa rumah masih kena bayar mcm biasa 😭😭😭
Yaa.. Sebelum ni tak ada masalah sebab pendapatan keluarga adalah daripada suami dan isteri tp bila salah seorang meninggal?
Mungkin ramai drpd kita ambil remeh benda mcm ni sebab masih belum jadi dekat kita tak tapi cuba tanya pada mereka yg kehilangan 🥺🥺🥺
Percayalah.. Hibah Takaful bukan menidakkan Faraid tp Hibah Takaful menambah nilai kepada mereka yg kehilangan.. memberi sumber duit yg pantas utk membantu menyara keluarga utk meneruskan kehidupan tanpa perlu meminta minta..
Cuba hari ni kita lapangkan minda.. buka hati.. tanya, sama ada kita perlukan tak Hibah Takaful ni kalau satu hari jadi apa2 pada kita atau org yg kita sayang? 🥺🥺🥺