Showing posts with label Testimonial. Show all posts
Showing posts with label Testimonial. Show all posts

Friday, June 12, 2020

Kongsi pengalaman 2018. ACL operation. RM34,718 Kesan accident



Kongsi pengalaman
2018.
ACL operation. RM34,718
Kesan accident..lutut client perlukan rawatan segera.
Lutut antara anggota badan yg penting.hari2 kita gunakan...
Kos rawatan RM34,718
Kalau guna duit simpanan. .lebur ..
Kalau tunggu government kesabaran tahan sakit.
Kalau ada budget lebih...usahakan medical card..
Sekarang dah ada medical card murah..
Rm100 kebawah..
Jangan tunggu!

-kredit sarahanas-




Klien menjalani proses endoskopi sebab buan air besar berdarah dan kos rawatan RM3000







"Zati, aku buang air besar berdarah dah 2 hari. Boleh tak hang bantu apa2" ⤵️⤵️⤵️
Alhamdulillah, satu lagi kepuasan bila dapat bantu klien Medical Card Great Eastern Takaful mendapatkan rawatan segera bila ditimpa sakit.
➡️28hb February 2020
Klien mengadu berak berdarah setelah balik makan di satu kedai makan. Berdarah 2 hari berturut-turut.
Klien terus ke klinik panel tempat kerja. Dan doktor rujuk untuk berjumpa pakar. Surat rujukan dibuat dan klien pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Dapat next appointment pada 11 Mac 2020.
‼️Terpaksa menunggu lama utk dapat giliran di Hospital Kerajaan. Ini realiti.
➡️2 Mac 2020
Klien menghubungi sy untuk ke Kedah Medical Centre. Utk sakit melibatkan pendarahan dalaman adalah "Sakit Spesifik" dan Tertakluk kpd Contestible Period 2 tahun.
Dan alhamdulillah, klien telah melebihi tempoh 2 tahun iaitu sijil sejak tahun 2015. Dan alhamdulillah Guarantee Letter utk Endoscopic issued pada 3 Mac dan dirawat oleh Doktor Pakar di Kedah Medical Centre.
Klien rasa tenang dan berpuas hati dan paling penting dgn izin Allah, sembuh segera dengan rawatan yang diberikan.
Klien tak bermalam di wad, cuma masuk wad 8 jam sahaja utk prosedur ini. Dan total kos utk rawatan hospital ini RM3000 lebih. Yaaa, ini kos tak bermalam yaaa⤵️⤵️⤵️
Hasil endoscopic, Alhamdulillah tiada sel-sel berkaitan kanser. Lebih kurang mcm buasir, tapi dah makan ubat dan sembuh sepenuhnya.
Medical Card hari ini dah jadi satu keperluan sbb:
1. KOS RAWATAN HOSPITAL MAKIN TINGGI
2. LAMBAKAN KES-KES DI HOSPITAL KERAJAAN MENYEBABKAN TEMPOH MENUNGGU LAMA
3. SOLUSI PALING EFEKTIF UTK TABUNG KECEMASAN
4. SAKIT NAK DATANG TANPA KITA SANGKA, DAN DENGAN POLA PEMAKANAN KITA HARI INI, PELBAGAI PENYAKIT BOLEH HINGGAP PADA KITA
Jom hari ini kita ambil tindakan utk BANTU diri sendiri memiliki satu MEDICAL CARD⤵️Mohon segera yaaa
~UM Nur Izzati
Mother of ADVISERA

Medical card great eastern takaful membantu klien menerima rawatan kemoterapi yang ke 3 dan polisi anak menjadi percuma sehingga umur 25 tahun




Kongsi pengalaman
6 june 2020
Semalam client saya selesai utk rawatan kemoterapi  yg ke 3.
Ada lagi sesi kemo yg perlu di lalui.
Doakan sel cancer  client saya clear.
Banyak yang saya belajar dari claim client saya.
✅Cancer fighter yg kuat semangat. 
✅Medical card membantu beliau  utk dapatkan rawatan yg terbaik
✅Rancang  kewangan  anda .sediakan tabung kecemasan.
✅polisi takaful anak2 beliau dibayar sepenuhnya  oleh  great eastern takaful sehingga  anak berumur 25 tahun.

Bukti kenapa hibah itu sangat penting untuk waris meneruskan hidup










Claim elaun wad & Follow Up



Claim elaun wad & Follow Up
Klien mengadu sakit dada dan susah bernafas, terus dari Perlis ke Kmc dapatkan rawatan dengan Pakar Jantung di KMC , Dato' Dr Amin.
Dah discharged dengan bil rawatan lebih RM4,000 ditanggung penuh Great Eastern Takaful. Dan klien dapat claim lagi bil follow-up selepas discharged .
Allahuakbar.
Kepuasan bila tengok claim klien dapat secepat ini. Submit claim lengkap dokumen 28 Mei 2020, duit masuk akaun klien 2 Jun 2020❤️
Syukur.
Tak terhingga.
Ada lagi yang nak cakap medikal kad tak membantu?
Jangan!
Satu pesan saya, hidup kita ni hari bukan tak cukup sangat duit keperluan untuk bayar medikal kad @ takaful. Yang tak pernah cukup tu adalah sedar diri. Sayang berjuta kali sayang.
Nak satu medikal kad tanpa limit?
PM segera✔️

-kredit UM Husna-

Wang pampasan hibah dari arwah suami membantu biaya sekolah 4 anak


Takaful serah wang pampasan RM77, 431.88


Hibah membantu keluarga melangsaikan hutang arwah


Thursday, May 28, 2020

Claim Meniscus Lutut Koyak RM40k






Bismillahirrahmanirrahim.
Malam Ramadhan yg mulia ni, sudilah kiranya baca sharing sy mengenai satu kes terbaru klien sy.
Meniscus Tear
============
Awal bulan 5 dulu, sy niat sgt nk fokus kpd servicing existing clients. Syukur, sy review beberapa sijil takaful klien dan berjaya upgrade 6 sijil klien kepada manfaat takaful yg lebih baik. Dan ada jugak klien admit sbb viral infection.
Dan minggu lepas, salah seorang klien consult sy selepas dia mengalami bengkak & sakit di sekitar lutut. Setelah consultation, beliau refer kes di Putra Medical Centre, Alor Setar. Berjumpa dgn salah seorang pakar ortho terkenal.
Setelah berjumpa doktor dan beberapa diagnosis, doktor mengesahkan bahawa beliau "meniscus tear" di kedua-dua belah lutut.😢 Allahukbar. Tetapi dengan tenang, sy berbincang dgn doktor mengenai term2 melibatkan medical card klien dan prosedur pembedahan yg akan dibuat.
Perbincangan berjalan lancar. Alhamdulillah. Dan doktor sgt yakin dgn Great Eastern Takaful. Hari ini, Guarantee Letter dr GET dh dikeluarkan bagi klien sy menjalani pembedahan. Anggaran kos sekitar RM35 ribu. InsyaAllah ditanggung sepenuhnya oleh GET.
Ya, 35 ribu utk 2 belah lutut. Sesungguhnya tiada siapa yg dpt mengagak bila akan ditimpa musibah. Tetapi kita boleh buat persediaan bukan?
Hari2 sy share ttg TAKAFUL. Maybe ramai naik meluat. Tp percayalah, takaful adalah satu keperluan. Medical Card perlu dimiliki. Nk ke hospital gov? Its ok. Boleh, dan sgt bagus kan bila kita ada pilihan. Kalau sakit, aku boleh pilih fasiliti mana aku nak. (Kalau ada medical card, di gov hospital pun boleh claim!)
Sy suka mengajak pada bulan yg mulia ni, apa salahnya bukak hati utk ada medical card. Betul. Bukak hati. Bukak minda.
Sharing dr hati ke hati💜

Thursday, May 21, 2020

Sebab apa medical card satu keperluan bagi seorang yang bekerja di bahagian farmasi hospital swasta



Sbb apa medical card 1 keperluan bg aku ?
Nak crita sikit pengalaman aku
kerja dalam bidang farmasi di Hospital swasta
Bukan tak dak benefit - ADA

Untuk setiap staff Hospital ada sediakan
Untuk aku inilah nilainya 👇🏻
Faedah pesakit luar - Rm 2500/setahun
Faedah pesakit dlm - Rm 25000/setahun

Ada yg tanya takkan tak cukup ? Banyak tu
Memang banyak - tak dinafikan
Tapi cerita dia memang tak cukup untuk setahun
Sbb tu aku ambik medical card untuk back up aku..
sbb apa tak cukup ?

Ada 1 perkara realiti yg org kat luaq sana
tak tau & tak nampak dan tak pernah diberitahu
Meh sini nak cerita sikit

Kos rawatan ubat memang mahal
Contoh ubat Rm 12 rgt sebiji
Kena makan 2 kali sehari sama dgn Rm 24 sehari
Untuk sebulan sekurang-kurangnya Rm 720
Hampa rasa sikit ke byk untuk 1 jenis ubat ?

Sebab apa ubat tu mahal ?

1. Ubat asli ( original & generic)

- penghasil ubat asli ini akan mempertimbangkan juga aspek-aspek lain seperti kos operasi (termasuk pemasaran), pemegang saham, kuasa pembeli konsumer dan juga kehendak negara-negara tertentu, sebelum meletakkan harga akhir pada ubat tersebut.
- Hanya selepas tamat tempoh paten ubat asli, ubat generik dapat dihasilkan berdasarkan formula asal ubat asli dan memandangkan syarikat penghasil ubat generik tidak perlu menampung kos kajian sepertimana yang dihadapi oleh penghasil asal ubat tersebut, mereka boleh menjual ubat generik ini pada harga yang jauh lebih rendah.

2. Ubat import
- diimport dr luar negara kerana ubat tersebut tiada dalam pasaran malaysia 🇲🇾 dan terhad pilihan yg ada kepada pesakit.

3. Keberkesanan ubat
- Ini kerana walaupun terdapat banyak persamaan yang menyebabkan ubat asli dan generik seolah-olah sama, hakikat sebenar adalah ubat-ubatan asli adalah lebih baik, mencatatkan keberkesanan dan penambahbaikan kepada pesakit yang lebih memberangsangkan.
- Dalam pengalaman pengamal perubatan, kebanyakan mereka juga bersetuju dengan hakikat ini sehinggakan ada pesakit yang hanya respon kepada ubat yang asli untuk merawat penyakit mereka.
- Hal ini juga dapat dikaitkan dengan komitmen sektor swasta dalam memastikan kualiti dan penyediaan bahan yang terbaik dalam servis mereka.

4. Allergic/ alahan - pesakit yg mempunyai pengalaman alahan dgn ubat generik serta terpaksa menggunakan ubat asli dlm tempoh rawatan..kosnya lebih tinggi hampir mencecah
5-10 kali ganda dr harga ubat generik.

-perkongsian farah najehah-

#ubataslivsgenerik
#kenaliubatanda
#jiehaGET
#medicalcard
#Adviserashare

Kos Operation ACL RM6000 dan lambat tunggu turn/q





KAMI agent takaful...bukan nak menakutkan orang...TAPI anda harus ada KESEDARAN utk hadapi REALITI SEBENAR ini....
Sekali lagi...HOSPITAL KERAJAAN bukan xbagus tapi terlalu ramai...anda perlu tunggu turn/Q yg lama utk dapat rawatan
Lagi satu nak diingatkan yang BUKAN semua bil OPERATION Hospital Kerajaan ini PERCUMA ya...
Kawan saya kena ACL...tau tak ACL tu apa? ACL tu Anterior Cruciate Ligament...koyakkan di ligamen... sebab bersukan...main badminton, bola ,takraw, rugby... berapa KOS HOSPITAL KERAJAAN minta utk dia buat OPERATION? RM6,000...
walaupon rm6000..tetap kita perlu cari duit kecemasan ni kan...pinjam sana sini...pastu kena tunggu TURN operation pula...klau nk cepat dan selesa boleh p swasta TAPIIIII bil dia RM32,600😭
Anda sekarang boleh pilih...yg mna satu perlu diajadikan KEPERLUAN hidup anda sekarang..

Tuesday, May 19, 2020

Kisah kos rawatan bisul Bonda Rozita Ibrahim RM9k






Bisui jangan dibuat main. Bole jadi parah.
Sakit dia tu bole hawin orang sebelah keluaq tinggi noo.
Deposit RM6k, kos rawatan +-RM9k.
Nak cepat sihat, bayar lebih takpa janji hilang sakit.
...
Situasi yang sama berlaku pada kawan saya, bezanya dia ada medcard.
Deposit RM500, kos rawatan -+RM10k ditanggung sepenuhnya oleh Takaful. Deposit RM500 refunded. What legakan!
Tak salah pun, nak bayar bill rawatan guna wang simpanan sendiri. Tapi, lagi best ..lagi tenang emosi tu bila dapat rawatan yang cepat, privasi, selesa tanpa perlu korek wang simpanan kan hanya tunjukkan medcard aja.
P/s: Mohon share ya bonda, semoga bermanfaat pada semua.

Rawatan RM900,000 & Dapat Tunai RM25,000










Insyaallah ini janji Aku kat Ko..
Sepanjang saya dalam bidang ni inilah NILAI yang paling besar saya pernah berikan pada seorang sahabat karib saya..
Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan ‘elehhh tu pun nak cerita..orang lain bantu juta2 relek je tak kecoh pun..’ pedulikan apa orang lain kata yang penting saya tahu apa yang saya buat dan apa peranan saya dalam masyarakat. Hargai dan menghargai lebih mulia dari mengeji dan bercakap kosong.
Perjalanan bantuan RM900,000 ni tak semudah bagai disangka..terutama bagi seorang Penasihat Urus Risiko macam saya..anda tahu kan maksud itu?
2016-2017
Ingat lagi masa tahun 2016 saya perkenalkan diri saya sebagai seorang ejen pada kawan-kawan saya..biasalah ada yang positif dan ada yang sebaliknya..pada sekitar april 2017 sahabat saya seorang ni berminat dengan plan perlindungan yang saya kongsikan tapi biasalah ding dong2 bulan oktober 2017 baru dia ready nak signup..so bermulalah tanggungjawab saya untuk keluarganya.
2017-2019
Saya teruskan kerjaya ni macam biasa kenalkan kepada sahabat2 lain juga..tahun demi tahun perlindungannya terus aktif sehingga sampailah suatu saat sekitar Julai 2019 sesuatu diluar jangkaan akal berlaku pada dirinya..sahabat saya disahkan mengidap 2 Kanser iaitu Esofagus dan Ovari pada tahap 4..masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan kami bila berkomunikasi..sahabat saya ni mendapatkan rawatan pertamanya di hospital KPJ dengan kos rawatan sekitar rm17k++ dan seterusnya di hospital HUSM untuk kemoterapi..
Mungkin ramai yang beranggapan bila kita memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ianya PERCUMA tapi sebenarnya masih ada beberapa kos yang perlu ditanggung pesakit..macam kes sahabat saya dia tetap perlu menyediakan dana sendiri walaupun dia merupakan penjawat awam. Jadi bayangkan jika kita tidak bersedia dengan kos-kos ni..apa agaknya yang kita akan buat??
So lepas dari berita mengejutkan ni saya ambil tenangkan diri memandangkan ini kes pertama melibatkan kanser yang perlu saya handle..saya rujuk dengan beberapa orang yang agak lama dalam industri dan mulakan langkah untuk menyiapkan dokumen2 yang diperlukan bagi tujuan tuntutan..ketar, berdebar, sedih semua bercampur baur dalam nak handle kes ni..nak2 lagi melibatkan sahabat baik saya. Apa yang saya bayangkan muka suami dan anak-anaknya yang masih kecil lebih kurang usia anak-anak saya..lagi sediah sebab dia ada baby yang belumpun berusia setahun..Allahuakbar berat sungguh ujian buatnya..😭😭
Saya ambil pendekatan terangkan pada beliau apa proses yang akan terlibat sepanjang tuntutan ni dan kita sama2 doa untuk dipermudahkan urusan. Saya juga jelaskan proses ni akan ambil masa dan harap dia bersabar..Insyaallah sy usahakan yang terbaik..Ni antara steps yang saya buat:
1. Check status sijil klien..Alhamdulillah masih aktif dan tiada sebarang outstanding.
2. Check tarikh mula2 sijil aktif samada sudah melepasi tempoh 2 tahun atau belum..dalam kes saya ni sijil kurang beberapa minggu untuk cukup tempoh tersebut..korang boleh tengok video yang saya pernah kongsikan di posting saya sebelum ni berkaitan Tempoh Menunggu. So sangat penting..sharelah untuk semua tahu benda ni.
Memandangkan tidak cukup tempoh jadi kes ini jatuh dibawah INVESTIGATION oleh pihak syarikat.
3. Sediakan borang-borang yang terlibat dan mudahkan urusan klien..apa yang perlu klien buat dan apa yang perlu saya buat.
4. Listkan semua tuntutan yang bakal dibuat seperti:
a) Elaun hospital - kerajaan & swasta
b) Bil hospital jika warded
c) Invois2 lain yang boleh dituntut
5. Sentiasa komunikasi dengan klien dan feedback apa status semasa..part ni paling mencabar sebab kita perlu kawal emosi dan dalam masa sama kita perlu tenang.
Alhamdulillah sahabat saya memang seorang yang tenang dan sabar dalam apa jua keadaan..tak pernah sekali dia marah saya dan sentiasa percaya kerja-kerja saya hingga selesai.
Apa yang penting bukalah file khas intuk kes2 sebegini dan catat semua keluar masuk dokumen.
Oleh sebab kes ini dibawah kategori siasatan jadi perlu kita maklumkan berapa lama jangkaan kes akan selesai..minimum 3 bulan diperlukan dan mungkin akan lebih lama..so ready mental..Alhamdulillah saya sentiasa positif, komited dan buat ikut flow..mula2 tu saya sangat takut sebab kes2 macam ni akan jadi besar kalau kita tak handle dengan betul..boleh tengok la banyak sangat kes viral disebabkan pelbagai masalah..minta dijauhkan..
Mau tak mau saya tekad untuk selesaikan secepat mungkin..saya lock kes di sistem dalam bulan Disember 2019 dan Alhamdulillah tuntutan pertama saya diluluskan sekitar bulan Mac 2020 bernilai rm6k++..masa tu hanya tuntutan melibatkan elaun hospital sahaja..bila stage ni kita perlu beritahu pada klien yang caruman bulanan perlu diteruskan sehingga klien tidak perlu lagi membayar..
Saya nak bagitau rider WAIVER sangat penting untuk bantu kita PERCUMAKAN caruman bulanan bila ditimpa musibah..so korang boleh semak semula plan perlindungan korang especially yang tak ada rider ni.
Klien saya terima tuntutan pertamanya 2-3 hari lepas tu dan semalam berita yang yang paling menyetuh hati saya bila kesemua tuntutan Sakit Kritikal beliau DILULUSKAN..Tunai sakit kritikal rm25,000..Allahuakbar..Subhanallah..saya kongsi berita gembira dengan air mata ni bersama2 klien dan keluarganya.
Benarlah jika kita hanya memandang dari satu sudut sahaja mungkin kita kurang merasai sisi pandangan lain..ejen dan klien ibarat sebuah keluarga yang tak putus pertaliannya..masing-masing punya peranan untuk menjaga antara satu sama lain..buanglah ego kita untuk merasa kita berkuasa dan pilihlah untuk selesaikan sesuatu perkara dengan harmoni.
Jutaan Terima Kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak..anda tahu siapa anda yang tak pernah lekang dari membantu saya dari awal permohonan sampai ke proses tuntutan selesai..terima kasih juga sudah pasti kepada GREAT EASTERN TAKAFUL sendiri dan seluruh TEAM yang memberi kerjasama cukup baik sepanjang proses ni..saya doakan semoga perunding-perunding lain juga dipermudahkan segala urusan dan memperolehi klien-klien yang terbaik.