Thursday, May 28, 2020

Apa Perbezaan Had Tahunan & Had Seumur Hidup Medical Card?



Apa Perbezaan Had Tahunan & Had Seumur Hidup?
Apabila melanggan medical card, ciri utama yang perlu kita ambil tahu adalah Had Tahunan dan Had seumur hidup.
Kenapa penting ? Sebab ia merupakan satu had yang boleh anda ‘claim‘ atau gunakan untuk membayar kos rawatan.
Mana yang lebih penting ; Had Tahunan (Annual Limit) atau Had Seumur Hidup (Lifetime Limit) ?
Untuk membuat perbandingan ini, saya ambil dua situasi ini :
Medical card A:
Had Tahunan : RM100,000
Had Seumur Hidup : Unlimited
Medical Card B
Had Tahunan : RM1,000,000
Had Seumur Hidup : RM1,000,000
Had Tahunan (Annual Limit)
Had tahunan adalah satu jumlah had yang boleh anda ‘claim‘ atau digunakan untuk setiap tahun.
Sebagai contoh Medical Card A, had tahunan adalah RM100,000, maka peserta hanya boleh gunakan maksima RM100,000 sahaja dalam masa satu tahun sijil.
Apabila memasuki tahun kedua, had tahunan ini akan kembali kepada RM100,000.
Begitulah untuk tahun ketiga, empat dan seterusnya.
Tetapi jika kos rawatan atau claim melebihi daripada RM100,000 setahun, peserta harus bayar kos rawatan dengan menggunakan wang sendiri.
Jika 10 tahun claim RM100,000 maka akan cecah RM1 juta yang mana, ia situasi yg sangat jarang kerana jika seseorang menjalani kos pembedahan RM1,000,000 selalunya ia sudah kritikal dan akan meninggal dunia.
Berbanding dengan Medical Card B, walaupun had seumur hidup RM1,000,000 tetapi ia memberi indikator, peserta boleh claim sebanyak RM1,000,000 setiap tahun.
Ada ke kos rawatan melebihi RM100,000 ?
Kos rawatan kanser hari ini boleh mencecah sehingga RM300,000.
Had Seumur Hidup (Lifetime Limit)
Had seumur hidup adalah satu had yang boleh anda ‘claim’ atau gunakan untuk membayar kos perubatan seumur hidup peserta.
Sekiranya medical card peserta hanya melindungi sehingga umur 70 tahun, maka had seumur hidup itu boleh digunakan sehingga peserta mencecah umur 70 tahun.
Tetapi, ada juga terdapat situasi yang menyebabkan medical card peserta tidak mencapai sehingga umur 70 tahun kerana had seumur hidup (lifetime limit) sudah habis digunakan.
Dengan bahasa mudah, sekiranya medical card peserta mempunyai jumlah had seumur hidup, maka itulah jumlah kos perubatan peserta boleh digunakan seperti Medical card B.
Jadi, dalam memilih medical card terbaik, nak fokus had tahunan atau had seumurhidup ?
Pengalaman saya, tidak pernah berlaku lagi seseorang itu claim sehingga tidak cukup had seumur hidup medical card.
Tapi yang selalu berlaku ialah claim sehingga melebihi had tahunan, dan kemudian perlu top-up dengan wang sendiri.
Jadi, Medical Card B lebih releven kerana tidak perlu risau tentang had limit tahunan kerana limit tahunan lebih tinggi.
Jika terdapat Medical card yang mempunyai had tahunan yang tiada had limit adalah terbaik.
Dah check berapa limit Medical Card Anda ???
Nak saya review ?? Whatsapp 👇

No comments: