Sunday, March 8, 2020

Perlindungan tambahan kepada semua pemegang polisi Great Eastern Takaful terhadap COVID -19


Perlindungan kepada Pelanggan kami terhadap COVID-19

Manfaat
Kami memberikan perlindungan tambahan terhadap COVID -19 kepada semua Pelanggan di bawah sijil takaful sedia ada dan baharu yang dikeluarkan oleh GETB sehingga 31 Disember 2020,
a)       Elaun hospital harian sebanyak RM200 sehingga 60 hari apabila didiagnosis dengan COVID-19 dan dikuarantin di mana-mana hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
b)      Manfaat sekaligus sebanyak RM20,000 apabila berlaku kematian disebabkan COVID-19
c)       Setiap waris terdekat (pasangan dan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah) kepada Pelanggan akan turut menerima manfaat (a) & (b)


Kelayakan
a)       Pelanggan yang mempunyai sijil berkuatkuasa sebelum 1 Januari 2021 (kecuali untuk Manfaat Pekerja Berkelompok Wajib dan mySalam); dan
b)      Waris terdekat (pasangan dan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah) kepada (a) di atas.


Terma & Syarat
Manfaat tidak akan dibayar jika diagnosis COVID-19 berlaku sebelum tarikh bermula atau pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian


Tempoh Perlindungan
Perlindungan tambahan untuk manfaat-manfaat di atas adalah sah sehingga 31 Disember 2020 atau apabila Had Bantuan Kewangan RM1 juta habis digunakan, yang mana terdahulu.


Soalan Lazim
S: Adakah terdapat tempoh menunggu untuk manfaat yang dibayar?
J: Tiada tempoh menunggu. Program Bantuan Kewangan ini efektif bermula dari 17 Februari hingga 31 Disember 2020.

S: Jika orang yang dilindungi ialah warganegara asing, adakah dia layak menerima Program Bantuan Kewangan?
J: Ya. Untuk membuat tuntutan Bantuan Tunai Hospitalisasi, orang yang dilindungi mesti didiagnos dengan COVID-19 dan dikuarantin di mana-mana hospital yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

S: Jika saya mempunyai lebih daripada satu sijil, bolehkah saya membuat tuntutan berganda?
J: Tidak boleh, anda hanya boleh membuat tuntutan sekali sahaja. Jika terdapat lebih daripada satu tuntutan kematian, Syarikat akan bayar manfaat kepada benifisiari tertakluk kepada turutan berikut: tarikh notifikasi tuntutan, status penamaan/serah hak/hak milik dan tarikh bermula risiko.

S: Jika saya dan pasangan saya telah didiagnos dengan COVID-19, bolehkah saya membuat tuntutan untuk kami berdua?
J: Ya, kedua-dua tuntutan dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat Program Bantuan Kewangan ini.

S: Adakah bayaran tuntutan ini tambahan kepada manfaat sedia ada seperti manfaat hospital dan elaun tunai harian di Hospital Kerajaan Malaysia daripada sijil-sijil sedia ada?
J: Ya, ianya akan dibayar sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat sedia ada anda. Semua manfaat sedia ada akan dibayar mengikut terma dan syarat sijil sedia ada.

Great Eastern Takaful

No comments: