Wednesday, March 18, 2020

Apa Itu Hibah Takaful?


Ia plan takaful yang mengunakan pengagihan secara HIBAH, maknanya duit pampasan yang akan dapat waktu meninggal akan diberikan 100% mengikut kehendak si mati.
Apa kelebihan takaful yang menggunakan agihan HIBAH ini?
1. Duit boleh diperolehi dalam 7-30 hari ( bergantung kepada kes) sahaja tanpa melalui proses perolehan kuasa harta pusaka yang mengambil masa 3 bulan- 20 tahun. Cepat kan?
2. Duit takaful boleh digunakan sebagai duit survival untuk waris teruskan hidup secara biasa walaupun tanpa kita
Bayangkan arwah meninggal aset bernilai 3 juta rumah, dan 1 juta duit dalam bank. Semua ini mengambil masa untuk diuruskan. Waktu menunggu duit ini? Mana waris nak dapat duit?
Di sinilah penting instrumen takaful dalam membantu keluarga kita yang baru kehilangan orang utama iaItu sumber pendapatan keluarga
Setiap mereka yang bergaji, yang menampung keluarga mereka. WAJIB ambil takaful. Kalau anda tiada? Dengan duit siapa nak beli nasi dan lauk pauk? Siapa ingin bayar sewa rumah dan bayar kereta?
3. Agihan duit takaful tidak mengikut pengagihan faraid. Ia mengikut kehendak kita berdasarkan akad HIBAH.
Duit takaful tidak diagihkan ikut faraid kerana akad takaful mengunakan akad Hibah Ruqba. Mudah bahasa, ia bukan harta pusaka dan tak perlu diagih ikut faraid. Jadi jika anda tergolong dalam 12 golongan yang perlu membuat perancangan hibah. Takaful ialah instrumen yang sangat baik untuk bagi aset cair kepada waris anda apabila anda tiada
Kebanyakan orang tinggalkan tanah, tinggal rumah. Ia amat sukar untuk dicairkan. Ya betul waris sudah ada tempat tinggal selepas kita tiada. Tapi alangkah lebih baik anda berikan aset cair iaitu wang tunai untuk mereka teruskan kehidupan.
Petikan dari majalahlabur.

No comments: