Step jumpa dr pakar
✔ Pegi ke Klinik pakar
✔ Kata ada rujukan utk rujuk pakar
✔ Kata nk guna kemudahan medical card saya
✔ Medical card dah lebih 2 tahun
✔ Tak pernah jadi apa2 sakit sebelum ni
✔ Mohon dr request Pre Guarantee Letter dari Great Eastern Takaful
✔ Tgu GL approved
✔ Baru proceed utk warded
Sunday, June 21, 2020
Friday, June 12, 2020
HIBAH TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI
TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI
===========================
Pernah tak tengok drama melayu, anak2 kecik lg dah kena kerja sebab kematian org tua mereka?
Ada yg terpaksa ambil upah cuci kereta.. kutip2 tin dan kertas.. Kerja sebagai pelayan kat warung2..
Cuba tanya diri sendiri.. kalau kita mati, apa yg akan kita tinggalkan utk anak2? Cukup tak apa yg kita akan tinggalkan tu kalau kita mati hari ni?
Apa persediaan yg kita dah buat? Adakah kita pasti anak2 isteri kita tak akan susah selepas pemergian kita?
Yaa sakit itu tak pasti, tapi mati tu pasti.. Sama ada cepat atau lambat saja
Kongsi pengalaman 2018. ACL operation. RM34,718 Kesan accident
Kongsi pengalaman
2018.
ACL operation. RM34,718
Kesan accident..lutut client perlukan rawatan segera.
Lutut antara anggota badan yg penting.hari2 kita gunakan...
Kos rawatan RM34,718
Kalau guna duit simpanan. .lebur ..
Kalau tunggu government kesabaran tahan sakit.
Kalau ada budget lebih...usahakan medical card..
Sekarang dah ada medical card murah..
Rm100 kebawah..
Jangan tunggu!
-kredit sarahanas-
Klien menjalani proses endoskopi sebab buan air besar berdarah dan kos rawatan RM3000
Alhamdulillah, satu lagi kepuasan bila dapat bantu klien Medical Card Great Eastern Takaful mendapatkan rawatan segera bila ditimpa sakit.
28hb February 2020
Klien mengadu berak berdarah setelah balik makan di satu kedai makan. Berdarah 2 hari berturut-turut.
Klien terus ke klinik panel tempat kerja. Dan doktor rujuk untuk berjumpa pakar. Surat rujukan dibuat dan klien pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Dapat next appointment pada 11 Mac 2020.
Terpaksa menunggu lama utk dapat giliran di Hospital Kerajaan. Ini realiti.
2 Mac 2020
Klien menghubungi sy untuk ke Kedah Medical Centre. Utk sakit melibatkan pendarahan dalaman adalah "Sakit Spesifik" dan Tertakluk kpd Contestible Period 2 tahun.
Dan alhamdulillah, klien telah melebihi tempoh 2 tahun iaitu sijil sejak tahun 2015. Dan alhamdulillah Guarantee Letter utk Endoscopic issued pada 3 Mac dan dirawat oleh Doktor Pakar di Kedah Medical Centre.
Klien rasa tenang dan berpuas hati dan paling penting dgn izin Allah, sembuh segera dengan rawatan yang diberikan.
Klien tak bermalam di wad, cuma masuk wad 8 jam sahaja utk prosedur ini. Dan total kos utk rawatan hospital ini RM3000 lebih. Yaaa, ini kos tak bermalam yaaa
Hasil endoscopic, Alhamdulillah tiada sel-sel berkaitan kanser. Lebih kurang mcm buasir, tapi dah makan ubat dan sembuh sepenuhnya.
Medical Card hari ini dah jadi satu keperluan sbb:
1. KOS RAWATAN HOSPITAL MAKIN TINGGI
2. LAMBAKAN KES-KES DI HOSPITAL KERAJAAN MENYEBABKAN TEMPOH MENUNGGU LAMA
3. SOLUSI PALING EFEKTIF UTK TABUNG KECEMASAN
4. SAKIT NAK DATANG TANPA KITA SANGKA, DAN DENGAN POLA PEMAKANAN KITA HARI INI, PELBAGAI PENYAKIT BOLEH HINGGAP PADA KITA
Jom hari ini kita ambil tindakan utk BANTU diri sendiri memiliki satu MEDICAL CARDMohon segera yaaa
~UM Nur Izzati
Mother of ADVISERA
Medical card great eastern takaful membantu klien menerima rawatan kemoterapi yang ke 3 dan polisi anak menjadi percuma sehingga umur 25 tahun
Kongsi pengalaman
6 june 2020
Semalam client saya selesai utk rawatan kemoterapi yg ke 3.
Ada lagi sesi kemo yg perlu di lalui.
Doakan sel cancer client saya clear.
Banyak yang saya belajar dari claim client saya.
✅Cancer fighter yg kuat semangat.
✅Medical card membantu beliau utk dapatkan rawatan yg terbaik
✅Rancang kewangan anda .sediakan tabung kecemasan.
✅polisi takaful anak2 beliau dibayar sepenuhnya oleh great eastern takaful sehingga anak berumur 25 tahun.
Claim elaun wad & Follow Up
Claim elaun wad & Follow Up
Klien mengadu sakit dada dan susah bernafas, terus dari Perlis ke Kmc dapatkan rawatan dengan Pakar Jantung di KMC , Dato' Dr Amin.
Dah discharged dengan bil rawatan lebih RM4,000 ditanggung penuh Great Eastern Takaful. Dan klien dapat claim lagi bil follow-up selepas discharged .
Allahuakbar.
Kepuasan bila tengok claim klien dapat secepat ini. Submit claim lengkap dokumen 28 Mei 2020, duit masuk akaun klien 2 Jun 2020
Syukur.
Tak terhingga.
Ada lagi yang nak cakap medikal kad tak membantu?
Jangan!
Satu pesan saya, hidup kita ni hari bukan tak cukup sangat duit keperluan untuk bayar medikal kad @ takaful. Yang tak pernah cukup tu adalah sedar diri. Sayang berjuta kali sayang.
Nak satu medikal kad tanpa limit?
PM segera
-kredit UM Husna-
Takaful serah wang pampasan RM77, 431.88
Hibah membantu keluarga melangsaikan hutang arwah
Wednesday, June 3, 2020
5 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Takaful Sebaik Dapat Gaji Pertama
Sekarang ni seakan menjadi trend, apabila graduan menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan; perkara wajib yang akan dibuat adalah membeli kereta.
Ya, tak berdosa pun beli kereta, tetapi sebenarnya selepas melangkah masuk ke alam pekerjaan, amat digalakkan untuk mengambil polisi takaful terlebih dahulu.
Bayaran polisi adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing, tetapkan bajet sendiri dan jangan ikut cakap ejen sangat.
Ejen hanya memberi nasihat tetapi yang membuat keputusan dan membuat bayaran adalah diri kita sendiri. Polisi boleh di’upgrade’ dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
Di sini disenaraikan 5 sebab apa perlu mengambil polisi takaful seawal yang mungkin:
1. Murah
Asasnya, polisi takaful yang diambil pada usia 23 tahun adalah lebih murah berbanding jika ianya diambil pada usia 33 tahun. Murah bermaksud kita membayar pada nilai yang sama tetapi manfaat berbeza.
Contohnya, pada usia 23 tahun kita mengambil polisi dengan bayaran bulanan sebanyak RM150 dengan manfaat perubatan sebanyak RM1,000,000.
Pada usia 33 tahun dengan bayaran bulanan yang sama, manfaat yang diterima hanyalah RM750,000.
2. Tempoh Menunggu
Setiap polisi ada tempoh menunggu, kebiasaannya 3 bulan hingga 6 bulan (bergantung pada polisi masing-masing). Sebagai contoh, apabila kita mengambil polisi takaful pada hari ini, kita masih tidak boleh membuat tuntutan jika ditimpa musibah keesokan harinya.
Ini yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu. Oleh itu, adalah lebih baik mengambil polisi takaful seawal mungkin kerana sekurang-kurangnya kita telah melepasi tempoh menunggu.
Kita tidak tahu bila kita akan sakit, mungkin hari ini, esok, atau bila-bila sahaja.
3. Perlindungan Komprehensif
Apabila umur meningkat, kemungkinan kita diserang penyakit adalah lebih tinggi. Kemungkinan ada sesetengah jenis penyakit tidak boleh dimasukkan dalam polisi takaful.
Semasa lebih muda dan sihat, kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih polisi yang terbaik.
4. Sediakan Payung Sebelum Hujan
Musibah akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kita boleh sakit semasa muda atau tua. Lebih-lebih lagi dengan faktor gaya hidup sekarang yang terdedah dengan penyakit seperti pemakanan ‘fast food atau terdedah dengan pencemaran udara.
Bagi kita yang bekerja makan gaji dan faedah perubatan ditanggung pihak syarikat, kita juga tidak tahu sampai bila kita boleh bekerja. Jika sudah tidak bekerja lagi, kita tidak lagi dilindungi.
Sebaiknya ambil polisi takaful, sekurang-kurangnya kita telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
Sebaiknya ambil polisi takaful, sekurang-kurangnya kita telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
5. Faedah Tanpa Tuntutan
Kebanyakan polisi menawarkan faedah jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh tertentu. Contohnya, elaun harian jika kita dimasukkan ke hospital adalah sebanyak RM200, tetapi jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh 3 tahun; manfaat elaun harian akan dinaikkan kepada RM250
Oleh itu, manfaatkan masa muda anda kerana risiko untuk ditimpa penyakit adalah lebih rendah. Apa-apa pun info yang diberikan di atas hanyalah contoh secara am sahaja.
Untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci, boleh hubungi ejen takaful atau perancang kewangan berlesen.
Subscribe to:
Posts (Atom)