Sunday, June 21, 2020

Step jumpa dr pakar

Step jumpa dr pakar
✔ Pegi ke Klinik pakar
✔ Kata ada rujukan utk rujuk pakar
✔ Kata nk guna kemudahan medical card saya
✔ Medical card dah lebih 2 tahun
✔ Tak pernah jadi apa2 sakit sebelum ni
✔ Mohon dr request Pre Guarantee Letter dari Great Eastern Takaful
✔ Tgu GL approved
✔ Baru proceed utk warded

Friday, June 12, 2020

HIBAH TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI



TAKAFUL SEBAGAI PENGGANTI GAJI
===========================
Pernah tak tengok drama melayu, anak2 kecik lg dah kena kerja sebab kematian org tua mereka? 🥺🥺🥺
Ada yg terpaksa ambil upah cuci kereta.. kutip2 tin dan kertas.. Kerja sebagai pelayan kat warung2..
Cuba tanya diri sendiri.. kalau kita mati, apa yg akan kita tinggalkan utk anak2? Cukup tak apa yg kita akan tinggalkan tu kalau kita mati hari ni?
Apa persediaan yg kita dah buat? Adakah kita pasti anak2 isteri kita tak akan susah selepas pemergian kita?
Yaa sakit itu tak pasti, tapi mati tu pasti.. Sama ada cepat atau lambat saja

Kongsi pengalaman 2018. ACL operation. RM34,718 Kesan accident



Kongsi pengalaman
2018.
ACL operation. RM34,718
Kesan accident..lutut client perlukan rawatan segera.
Lutut antara anggota badan yg penting.hari2 kita gunakan...
Kos rawatan RM34,718
Kalau guna duit simpanan. .lebur ..
Kalau tunggu government kesabaran tahan sakit.
Kalau ada budget lebih...usahakan medical card..
Sekarang dah ada medical card murah..
Rm100 kebawah..
Jangan tunggu!

-kredit sarahanas-




Klien menjalani proses endoskopi sebab buan air besar berdarah dan kos rawatan RM3000







"Zati, aku buang air besar berdarah dah 2 hari. Boleh tak hang bantu apa2" ⤵️⤵️⤵️
Alhamdulillah, satu lagi kepuasan bila dapat bantu klien Medical Card Great Eastern Takaful mendapatkan rawatan segera bila ditimpa sakit.
➡️28hb February 2020
Klien mengadu berak berdarah setelah balik makan di satu kedai makan. Berdarah 2 hari berturut-turut.
Klien terus ke klinik panel tempat kerja. Dan doktor rujuk untuk berjumpa pakar. Surat rujukan dibuat dan klien pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Dapat next appointment pada 11 Mac 2020.
‼️Terpaksa menunggu lama utk dapat giliran di Hospital Kerajaan. Ini realiti.
➡️2 Mac 2020
Klien menghubungi sy untuk ke Kedah Medical Centre. Utk sakit melibatkan pendarahan dalaman adalah "Sakit Spesifik" dan Tertakluk kpd Contestible Period 2 tahun.
Dan alhamdulillah, klien telah melebihi tempoh 2 tahun iaitu sijil sejak tahun 2015. Dan alhamdulillah Guarantee Letter utk Endoscopic issued pada 3 Mac dan dirawat oleh Doktor Pakar di Kedah Medical Centre.
Klien rasa tenang dan berpuas hati dan paling penting dgn izin Allah, sembuh segera dengan rawatan yang diberikan.
Klien tak bermalam di wad, cuma masuk wad 8 jam sahaja utk prosedur ini. Dan total kos utk rawatan hospital ini RM3000 lebih. Yaaa, ini kos tak bermalam yaaa⤵️⤵️⤵️
Hasil endoscopic, Alhamdulillah tiada sel-sel berkaitan kanser. Lebih kurang mcm buasir, tapi dah makan ubat dan sembuh sepenuhnya.
Medical Card hari ini dah jadi satu keperluan sbb:
1. KOS RAWATAN HOSPITAL MAKIN TINGGI
2. LAMBAKAN KES-KES DI HOSPITAL KERAJAAN MENYEBABKAN TEMPOH MENUNGGU LAMA
3. SOLUSI PALING EFEKTIF UTK TABUNG KECEMASAN
4. SAKIT NAK DATANG TANPA KITA SANGKA, DAN DENGAN POLA PEMAKANAN KITA HARI INI, PELBAGAI PENYAKIT BOLEH HINGGAP PADA KITA
Jom hari ini kita ambil tindakan utk BANTU diri sendiri memiliki satu MEDICAL CARD⤵️Mohon segera yaaa
~UM Nur Izzati
Mother of ADVISERA

Adakah anda tahu berapa lama anda akan kekal hidup sihat?





Medical card great eastern takaful membantu klien menerima rawatan kemoterapi yang ke 3 dan polisi anak menjadi percuma sehingga umur 25 tahun




Kongsi pengalaman
6 june 2020
Semalam client saya selesai utk rawatan kemoterapi  yg ke 3.
Ada lagi sesi kemo yg perlu di lalui.
Doakan sel cancer  client saya clear.
Banyak yang saya belajar dari claim client saya.
✅Cancer fighter yg kuat semangat. 
✅Medical card membantu beliau  utk dapatkan rawatan yg terbaik
✅Rancang  kewangan  anda .sediakan tabung kecemasan.
✅polisi takaful anak2 beliau dibayar sepenuhnya  oleh  great eastern takaful sehingga  anak berumur 25 tahun.

Bukti kenapa hibah itu sangat penting untuk waris meneruskan hidup










Claim elaun wad & Follow Up



Claim elaun wad & Follow Up
Klien mengadu sakit dada dan susah bernafas, terus dari Perlis ke Kmc dapatkan rawatan dengan Pakar Jantung di KMC , Dato' Dr Amin.
Dah discharged dengan bil rawatan lebih RM4,000 ditanggung penuh Great Eastern Takaful. Dan klien dapat claim lagi bil follow-up selepas discharged .
Allahuakbar.
Kepuasan bila tengok claim klien dapat secepat ini. Submit claim lengkap dokumen 28 Mei 2020, duit masuk akaun klien 2 Jun 2020❤️
Syukur.
Tak terhingga.
Ada lagi yang nak cakap medikal kad tak membantu?
Jangan!
Satu pesan saya, hidup kita ni hari bukan tak cukup sangat duit keperluan untuk bayar medikal kad @ takaful. Yang tak pernah cukup tu adalah sedar diri. Sayang berjuta kali sayang.
Nak satu medikal kad tanpa limit?
PM segera✔️

-kredit UM Husna-

Wang pampasan hibah dari arwah suami membantu biaya sekolah 4 anak


Takaful serah wang pampasan RM77, 431.88


Hibah membantu keluarga melangsaikan hutang arwah


Wednesday, June 3, 2020

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Takaful Sebaik Dapat Gaji Pertama





Sekarang ni seakan menjadi trend, apabila graduan menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan; perkara wajib yang akan dibuat adalah membeli kereta.

Ya, tak berdosa pun beli kereta, tetapi sebenarnya selepas melangkah masuk ke alam pekerjaan, amat digalakkan untuk mengambil polisi takaful terlebih dahulu.

Bayaran polisi adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing, tetapkan bajet sendiri dan jangan ikut cakap ejen sangat.

Ejen hanya memberi nasihat tetapi yang membuat keputusan dan membuat bayaran adalah diri kita sendiri. Polisi boleh di’upgrade’ dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Di sini disenaraikan 5 sebab apa perlu mengambil polisi takaful seawal yang mungkin:

1. Murah
Asasnya, polisi takaful yang diambil pada usia 23 tahun adalah lebih murah berbanding jika ianya diambil pada usia 33 tahun. Murah bermaksud kita membayar pada nilai yang sama tetapi manfaat berbeza.

Contohnya, pada usia 23 tahun kita mengambil polisi dengan bayaran bulanan sebanyak RM150 dengan manfaat perubatan sebanyak RM1,000,000.

Pada usia 33 tahun dengan bayaran bulanan yang sama, manfaat yang diterima hanyalah RM750,000.

2. Tempoh Menunggu
Setiap polisi ada tempoh menunggu, kebiasaannya 3 bulan hingga 6 bulan (bergantung pada polisi masing-masing). Sebagai contoh, apabila kita mengambil polisi takaful pada hari ini, kita masih tidak boleh membuat tuntutan jika ditimpa musibah keesokan harinya.

Ini yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu. Oleh itu, adalah lebih baik mengambil polisi takaful seawal mungkin kerana sekurang-kurangnya kita telah melepasi tempoh menunggu.
Kita tidak tahu bila kita akan sakit, mungkin hari ini, esok, atau bila-bila sahaja.

3. Perlindungan Komprehensif
Apabila umur meningkat, kemungkinan kita diserang penyakit adalah lebih tinggi. Kemungkinan ada sesetengah jenis penyakit tidak boleh dimasukkan dalam polisi takaful.

Semasa lebih muda dan sihat, kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih polisi yang terbaik.

4. Sediakan Payung Sebelum Hujan

Musibah akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kita boleh sakit semasa muda atau tua. Lebih-lebih lagi dengan faktor gaya hidup sekarang yang terdedah dengan penyakit seperti pemakanan ‘fast food atau terdedah dengan pencemaran udara.

Bagi kita yang bekerja makan gaji dan faedah perubatan ditanggung pihak syarikat, kita juga tidak tahu sampai bila kita boleh bekerja. Jika sudah tidak bekerja lagi, kita tidak lagi dilindungi.


Sebaiknya ambil polisi takaful, sekurang-kurangnya kita telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
Sebaiknya ambil polisi takaful, sekurang-kurangnya kita telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.
5. Faedah Tanpa Tuntutan
Kebanyakan polisi menawarkan faedah jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh tertentu. Contohnya, elaun harian jika kita dimasukkan ke hospital adalah sebanyak RM200, tetapi jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh 3 tahun; manfaat elaun harian akan dinaikkan kepada RM250
Oleh itu, manfaatkan masa muda anda kerana risiko untuk ditimpa penyakit adalah lebih rendah. Apa-apa pun info yang diberikan di atas hanyalah contoh secara am sahaja.
Untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci, boleh hubungi ejen takaful atau perancang kewangan berlesen.
SUMBER

Saturday, May 30, 2020

Prinsip Ta'awun (tolong menolong) dalam Takaful


Apa itu Takaful?
Takaful ialah, suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
Payment (contribution) untuk takaful, akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru'. Ia bukan milik pengendali takaful. Bila ada berlaku musibah kpd member, dana dalam tabung tersebut diguna untuk membantu member tersebut.
Jom kita tolong saudara kita dengan mencarum takaful..🙂 
#AdvisorAnas
#AnasAdvisera
#kitatolongkita
#Akutolonghanghangtolongaku

Friday, May 29, 2020

Part Time atau Full time Takaful Advisor Diperlukan - Komisen Dari RM1,000 hingga 5 Angka




Kenapa anda patut join kami di Advisera sebagai Takaful Advisor ? 

1. Bisnes patuh Syariah
2. Company lebih 110 tahun dalam market
3. Komisen 2 kali sebulan selama 6 tahun
4. Cash reward
5. Ada payslip yang boleh digunakan untuk membeli rumah dan membeli kereta.
6. Ada leader yang sentiasa guide
7. Sistem dan latihan yang tersedia. Kelas online pun ada
8. Team yang sangat2 supportive
9. Persekitaran positif
10. Modal yang rendah, hanya RM80 sahaja seumur hidup
11. FREE Trip
12. Kerja fleksibel
13. Pelbagai anugerah ditawarkan
14. Membantu masyarakat dapat perlindungan
15. Jadi pemilik bisnes
16. Tak perlu masuk pejabat
17. Musim PKP tak perlu jumpa klien pun tak apa. Semuanya boleh dilakukan dengan online

Berminat?
☎📱PM/Whatsapp/SMS/hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan‼
010-3515157(Anas)
Trusted Advisor Nationwide
https://watsap.my/0103515157

Layari advisoranas.blogspot.my

Thursday, May 28, 2020

Macam mana nak bayar HUTANG kalau segala harta pusaka DIBEKUKAN?





“Betul ke sebelum pembahagian harta pusaka, HUTANG si mati ni perlu DISELESAIKAN dahulu?”
“Macam mana nak bayar HUTANG kalau segala harta pusaka DIBEKUKAN?”
“Kalau harta DIBEKUKAN apa kena buat ?”
“HIBAH tu apa pulak ?”
PM https://watsap.my/0103515157 SayaNakTahuPasalHibah

Hibah Takaful is so powerful




Hibah takaful is so powerful.
Ketahui 10 kelebihan Hibah Takaful yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan kita:
📌Nak kumpul tunai RM1 Juta memerlukan kita simpan RM2,800 setiap bulan selama 30 tahun tanpa gagal dengan anggapan umur kita panjang.
Kalau umur tak panjang, keluarga akan dapat setakat berapa yang terkumpul saja. Itu pun perlu dibahagi lagi mengikut Faraid.
Berbeza dengan Hibah takaful, sudah tersedia aset tunai RM1 Juta dari hari pertama permohonan diluluskan.
📌Tatkala kesemua harta akan menjadi BEKU selepas seseorang itu meninggal dunia, hanya Hibah takaful satu-satunya aset tunai yang boleh CAIR selepas kematian pencarum.
Hibah takaful adalah aset yang terkeluar dari senarai harta yang boleh diFaraidkan. Ini bermakna, penerima hibah adalah penerima mutlak, tanpa waris lain boleh protes atau cabar.
📌Hidup kita tak terlepas dengan buat hutang. Adakah apabila kita sudah tiada, hutang-hutang itu akan terhapus atau waris yang kena paksa tanggung?
Jangan susahkan waris!
Hutang kita, kita sendiri jugalah perlu selesaikan.
Ambil hibah takaful supaya waris kita boleh gunakan pampasan tunai yang diterima untuk langsaikan hutang-hutang kita.
📌Bagaimana pula dengan hutang akhirat?
Contohnya hutang menunaikan Haji, mengeluarkan zakat, sedekah amal jariah, puasa yang belum ganti?
Dengan adanya hibah takaful, waris boleh tolong langsaikan hutang-hutang akhirat ini.
📌Pernah terfikir apa akan jadi pada pasangan dan anak-anak kita bila kita sudah tiada nanti?
Bagaimana nafkah makanan, pakaian, tempat tinggal mereka?
Sediakan sesuatu untuk mereka.
Mohon hibah takaful, kerana ia boleh disampaikan terus kepada keluarga, tanpa perlu tunggu untuk dibahagi secara Faraid.
📌Ada anak angkat?
Anak angkat tak termasuk dalam kiraan harta yang boleh diFaraidkan.
Jangan abaikan mereka. Sediakan hibah takaful sebagai harta buat mereka.
📌Perkara ini sering tak diceritakan.
Nak tuntut harta pusaka, ada kos yang perlu dibayar.
Kos itu siapa perlu tanggung?
Sudah tentu waris yang tinggal.
Jangan bebankan mereka. Sediakan tunai untuk mereka ada modal tuntut harta pusaka kita.
📌Ambil contoh rumah. Isteri hanya ada hak 12.5% saja untuk tuntut bahagian kita. Kalau hubungan isteri dan mertua tak baik, maka susah untuk ibu bapa melepaskan bahagian mereka secara sukarela.
Jadi, dengan adanya hibah takaful, isteri boleh 'beli' bahagian ibu bapa.
📌Harta ada banyak, tapi akhirnya waris berbalah dan berpecah belah.
Tak salah ada harta yang banyak, tapi perlu diurus dengan baik.
Ambil hibah takaful sebagai cara lebih baik tinggalkan harta untuk keluarga.
Nak dapatkan quotation untuk umur anda dengan manfaat yang lebih tinggi ?